Thứ Năm, 2 tháng 8, 2012

Foto : Selebriti Yang Hadir Ke Majlis Berbuka Puasa Bersama Astro

Seperti biasa, setiap kali raya kita akan dihidangkan dengan pelbagai rancangan menarik oleh Astro. Tak cukup dengan itu, setiap tahun pasti akan ada rancangan-rancangan baru yang akan disediakan untuk para penonton.

Pada 1 Ogos yang lepas Astro telah menganjurkan majlis berbuka puasa di Royale Bintang, Curve, dan ia turut dihadiri oleh ramai selebriti tempatan. Membawa tema “Eratkan Jalinan”, Astro telah mengumumkan bahawa lebih 100 buah program menarik termasuk 46 buah program baru bakal memeriahkan musim perayaan anda di beberapa buah saluran Astro yang terpilih. Ianya termasuklah Astro Ria, Astro Prima, Astro Oasis dan lain-lain saluran Melayu Astro.

Antara program-program menarik yang bakal disiarkan termasuklah tayangan filem menarik seperti KL Gangster, Mega Raya 2012, Upin & Ipin raya, Raya Hafiz Raya, Aaron & Zizan Beraya Sampai Pengsan!, Malaikat Tanpa Sayap, Hantu kak Limah Balik Rumah, Kau Untukku, Eh! Eh! Raya Erra, Hikayat Merong Mahawangsa, Romantika Raya, Lawak Ke Der?, Adam Hawa, Dilarang Masuk, Karoot Komedia X Raya, pelbagai Telemovie dan banyak lagi.

Kesemua program ini boleh dilihat jika anda melanggan pakej-pakej yang disediakan oleh Astro termasuklah Astro Citra dan Astro Warna. Jadi, jangan lepaskan peluang anda untuk menonton pelbagai rancangan menarik sempena bulan Syawal yang akan menjelang nanti.

Apa pun, mari kita layankan gambar-gambar terkini selebriti seperti Erra Fazira, Rozita Che Wan, Faezah Elai, Aznil Nawawi, Soo Wincci, Shila Amzah dan juga Tasha Shilla.

Astro Raya OHBULAN-1Astro Raya OHBULAN-2Astro Raya OHBULAN-3Astro Raya OHBULAN-4Astro Raya OHBULAN-5Astro Raya OHBULAN-9Astro Raya OHBULAN-10Astro Raya OHBULAN-11Astro Raya OHBULAN-12Astro Raya OHBULAN-14Astro Raya OHBULAN-15Astro Raya OHBULAN-18Astro Raya OHBULAN-20Astro Raya OHBULAN-23Astro Raya OHBULAN-24Astro Raya OHBULAN-27Astro Raya OHBULAN-28Astro Raya OHBULAN-29Astro Raya OHBULAN-30Astro Raya OHBULAN-33Astro Raya OHBULAN-37Astro Raya OHBULAN-38Astro Raya OHBULAN-41Astro Raya OHBULAN-46Astro Raya OHBULAN-47Astro Raya OHBULAN-50Astro Raya OHBULAN-52Astro Raya OHBULAN-53

No related posts.


Link to full article

Không có nhận xét nào:

Đăng nhận xét