Thứ Năm, 20 tháng 9, 2012

Kate Middleton Tampil Menawan Dengan Rekaan Prabal Gurung!

Masih ingat lagi majlis perkahwinan si cantik Kate Middleton dengan Putera William yang gilang gemilang itu? Pasti dikotak pemikiran anda terbayang keindahan dan kemewahan majlis tersebut.

Dari sudut itu, pasti anda tahu bahawa setiap pakaiannya pasti direka khas daripada pereka terkenal dengan perincian mewah. Baru-baru ini, beliau memutuskan untuk mengayakan rekaan Prabal Gurung untuk lawatannya ke singapura bersama Putera William.

Beliau kelihatan jelita dengan mengayakan gaun pendek dari rona ungu dan putih hasil ciptaan eksklusif daripada Prabal Gurung atas lawatannya menemui Presiden Republik Singapura.

Bukan sahaja rekaannya untuk menampilkan imej elegan dan mengikut arus fesyen, malah dengan rekaannya sedikit sebanyak mampu menaikkan nama pereka fesyen di Negara tersebut. Sejak Prabal Gurung melancarkan labelnya di New York pada tahun 2009, fesyennya kini semakin menjadi pilihan si pemakai disana.

Koleksi gaun The Duchess itu adalah untuk musim panas dan bunga 2012 yang diperagakan oleh model terkemuka Victoria Secret dimana pertunjukkannya juga telah dihadiri oleh Hailee Steinfeld, Rachel Zoe dan Kate Bosworth.

Gaun yang dihasilkan dengan ilham yang tersendiri bukan sahaja telah melonjakkan nama beliau, malah ianya turut menaikkan nama Negara beliau.

Related posts:

  1. Miley Cyrus Tampil Dengan Imej Gothic Yang Seksi Dan Memukau
  2. Jessica Alba Tampil Menawan Tanpa Sebarang Mekap!
  3. Weekly Mix & Match : Bergaya Seperti Kate Middleton Bersama Friendly Fashion
  4. Menawan Dengan Jalur Belang!
  5. Tampil Menarik Dengan Kaca Mata Victoria Beckham!

Link to full article

Không có nhận xét nào:

Đăng nhận xét