Bersempena dengan perayaan pembukaan kedai ke-100 Domino’s di Malaysia, pakar penghantaran piza utama dunia mengumumkan komitmennya untuk usaha amal melalui kempen, ‘100,000 Meals-for-the-Needy’. Pengumuman tersebut telah dikongsi bersama pada Majlis Iftar anjuran pelakon cilik Mia Sara Nasuha pada Ramadhan lepas, dimana Domino’s Pizza Malaysia telah bekerjasama menaja majlis tersebut.
Mengikut kajian, hampir 5% daripada rakyat Malaysia tidak mendapat khasiat yang secukupnya. Menyedari hakikat itu, Domino’s Pizza Malaysia menghulurkan bantuan kepada golongan yang kurang bernasib baik ini melalui salah satu inisiatif ‘Corporate Social Responsibility (CSR)’ dengan menganjurkan program ‘Membungkus Makanan’ pada 13 Oktober 2012. Melalui program ini, seribu bungkus makanan bernilai RM 100,000.00 akan disediakan dan dibungkus dengan bantuan 240 orang sukarelawan.
Makanan tersebut akan diagihkan kepada golongan tidak berumah dan juga keluarga-keluarga miskin yang menghadapi masalah kebuluran di seluruh Malaysia. Kandungan bungkusan makanan ini mengandungi makanan ruji yang boleh bertahan selama tiga tahun dan antaranya adalah beras, tepung, sayuran campuran dehidrasi dan pek vitamin.
Bermula dari 6 Ogos hingga 12 Oktober 2012, para pelanggan Domino’s Pizza boleh menyertai program menangani masalah kebuluran ini dengan hanya membeli pizza kegemaran mereka. Dengan setiap pesanan, Domino’s akan menyumbangkan 10 sen untuk menjayakan program ’100,000 Meals-for-the-Needy’ tanpa sebarang kos kepada pelanggan mereka.
Hasfahlinda Hassan, Pengurus Pemasaran Domino’s Pizza Malaysia dan Singapura turut hadir di Majlis Iftar adik Mia Sara Nasuha untuk memberi penjelasan kepada tetamu tentang program 100,000 Meals-for-the-Needy yang juga merupakan program CSR terbaru dan terbesar Domino’s.
Antara selebriti tempatan yang turut hadir di majlis tersebut ialah penyanyi Kaka Azraff dan pelakon remaja Elfira & Ezlisa Loy.
Turut sama memberi sokongan untuk program 100,000 Meals-for-the-Needy ialah Lisa Surihani dan Fizo Omar. Apa salahnya jika kita makan Domino’s Pizza setiap hari, kan? Mari tonton video khas sempena kempen ’100,000 Meals-for-the-Needy’!






Related posts:
- Video: JinnyBoyTV Lancarkan Video Terbaru, “Only In Malaysia”!
- (Video) Daphne Iking & Jojo Struys Untuk Kempen Kanser Payudara, The Pink Project
- Video: Bunkface Lancarkan Muzik Video Berjudul ‘Panik’!
- Sertai Marion Caunter Demi Kempen Kesihatan & Nutrisi Kanak-Kanak
- Video: Iklan Kempen Derma WikiLeaks Bertema MasterCard
Link to full article
Không có nhận xét nào:
Đăng nhận xét