
Baru sahaja mengumumkan tentang pertunangan beliau, kini Arvil Lavingne sudahpun membuat perancangan tentang busana pakaian yang akan dipakai pada majlis perkahwinannya nanti.
Beliau juga turut menjanjikan bahawa busana pakaian perkahwinannya itu nanti merupakan busana yang ‘lain daripada yang lain’
Penyanyi pop star yang berusia 27 tahun itu kini beralih arah menjadi pereka fesyen dan bakal berkahwin dengan jejaka tampan iaitu Chad Kroeger.
Apabila ditanya perancangan busana pada majlis perkahwinanya nanti, beliau menyatakan samada ianya sesuatu rekaan sendiri ataupun dikombinasi dengan rakan kongsi mahupun berkolaborasi dengan pereka fesyen yang lain.
Ia mungkin menjadi sesuatu pakaian yang dibeli daripada beberapa pakaian berbeza dan digabungkan menjadi suatu pakaian yang lain daripada yang lain.

Sementara itu, pertunjukan fesyen yang berlansung baru-baru ini menampilkan adiknya sendiri iaitu Kylie Jenner untuk membuka dan menutup tirai pertunjukkan fesyen tersebut.
Kylie yang tampil dengan gaya remaja dimana beliau memperagakan baju ketat putih berhuruf dengan seluar pendek menawan mengkombinasi gayanya dengan jaket kulit yang memukau.
Lavigne pula memperagakan pakaian musim bunga dengan jalur hitam putih pada seluar dan pakaian yang memukau.
Related posts:
- (Gambar) Review Konsert Tribute P Ramlee Bersama Yuna, Hujan, Dato Sharifah Aini & Lain-Lain
- Kot Bulu Lady Gaga!
- Artis Menggayakan Busana Daripada Pereka Fesyen Nazreen Idris
- Hijabster : Lilitan Kesantunan Dengan Gaya Yang Mempersonakan!
- Gosip : Isu Cerai Belum Selesai, Sudah Ada Wanita Yang Lain?
Link to full article
Không có nhận xét nào:
Đăng nhận xét