Thứ Bảy, 15 tháng 9, 2012

[KENYATAAN MEDIA] Kecaman Terhadap Filem Anti-Islam Yang Menghina Baginda Rasulullah SAW

KENYATAAN MEDIA
14 SEPTEMBER 2012

Saya mengecam sekeras-kerasnya filem anti-Islam terbaru yang memperlekehkan agama dan Nabi Muhammad SAW. Filem tersebut, yang bertujuan untuk menyinggung perasaan umat Islam serta membangkitkan kekacauan sewajarnya ditarik semula dan dikutuk sekeras-kerasnya oleh pemimpin-pemimpin dunia.

Sewajarnya diletakkan suatu batas yang membedakan di antara penghinaan dan penyelewengan agama dengan kebebasan bersuara dan hak untuk berkarya. Amerika Syarikat perlu mengambil tanggungjawab dan bertindak ke atas individu-individu yang menghasilkan filem jijik dan kotor ini serta menunjukkan bahawa kebebasan bersuara tidak boleh disalahguna bagi tujuan menyemai jenayah kebencian.

Saya juga setegas-tegasnya mengutuk pembunuhan Duta Amerika ke Libya serta individu-individu tidak bersalah yang lain dan menyeru semua umat Islam yang cintakan keamanan dan kebebasan supaya tidak bertindak-balas secara terburu-buru dan ganas. Adalah jelas bahawa dalang di sebalik filem ini mahu menyemai kebencian dan perselisihan di antara agama dan masyarakat. Sekiranya umat Islam bertindak ganas dan di luar batasan, maka sememangnya kita telah terjebak dalam permainan jahat mereka.

Manakala filem ini bukan sekadar menyinggung umat Islam seluruh dunia bahkan turut mengguris setiap agama, dan ianya tidak wajar dibiarkan dimanipulasi oleh kumpulan pelampau agama untuk mencetuskan lebih banyak keganasan. Sekali lagi saya menyeru pemimpin-pemimpin dunia untuk memperbaharui tekad dan iltizam dalam meningkatkan hubungan di antara agama, melibatkan diri dengan wacana yang lebih hebat dan tidak sesekali membenarkan salahfaham dan kejahatan dari menguasai diri kita.

ANWAR IBRAHIM

 

————————————————————

PRESS STATEMENT
SEPTEMBER 14, 2012

We denounce in the strongest terms the latest anti-Islamic film denigrating the religion and Prophet Muhammad. The movie, which is the product of a scheme to hurt Muslim sensitivities and stir chaos, must be withdrawn and condemned by world leaders unequivocally.

A line must be drawn between sacrilege and blasphemy on the one hand and free speech or even artistic license on the other. The U.S. must hold to account the individuals responsible for producing this disgusting and despicable movie and demonstrate that free speech cannot be abused for the purposes of committing hate crimes.

We unequivocally condemn the senseless killing of the U.S. Ambassador to Libya and other innocent individuals and call on all Muslims who cherish freedom not to react in a rash and violent manner. It is clear that the conspirators behind this movie want to sow animosity and strife between religions and peoples. To resort to violence and destruction is to play into their hands.

While this shameful film is not only offensive to Muslims throughout the world but to all religions, it must not be allowed to be hijacked by extremists as an excuse to create more violence. We once again call on all community leaders throughout the world to renew efforts to boost inter religious ties, engage in greater dialogue and not to allow misunderstanding and ill will to rule over us.

ANWAR IBRAHIM


Link to full article

Không có nhận xét nào:

Đăng nhận xét